Wednesday, July 29, 2009

Rindu Pada ALLAH

Dalam khabar Nabi Daud عليه السلام, ALLAH Ta’ala berfirman:

يا داود أبلغ أهل أرضي أنى حبيب لمن أحبنى وجليس لمن جالسنى ومؤنس لمن أنس بذكرى وصاحب لمن صاحبنى ومختار لمن اختارنى ومطيع لمن أطاعنى ما أحبنى عبد أعلم ذلك يقينا من قلبه إلا قبلته لنفسى وأحببته حبا لا يتقدمه أحد من خلقى من طلبنى بالحق وجدنى ومن طلب غيرى لم يجدنى فارفضوا يا أهل الارض ما أنتم عليه من غرورها وهلموا إلى كرامتى ومصاحبتى ومجالستى وائنسوا بي أؤانسكم وأسارع إلى محبتكم فإنى خلقت طينة أحبائى من طينة إبراهيم خليلى وموسى نجي ومحمد صفي وخلقت قلوب المشتاقين من نورى ونعمتها بجلالى

“Hal Daud! Sampaikanlah kepada penduduk bumiKu, bahawa Aku mengasihi siapa yang mengasihiKu, Duduk dengan siapa yang duduk-duduk dengan Aku, Berjinakan dengan siapa yang berjinakan dengan mengingatiKu, Teman dengan siapa yang berteman dengan Aku, Memilih dengan siapa yang memilih Aku, Mematuhi kepada siapa yang mematuhi akan Aku. Tiada mengasihi Aku oleh seorang hamba, yang Aku tahu bahawa yang demikian itu adalah keyakinan dari hatinya, melainkan Aku terima dia bagi DiriKu.
Aku mengasihinya dengan kasih, yang tidak didahului oleh seseorang dari makhluk-Ku. Siapa yang mencari Aku dengan kebenaran, nescaya ia mendapati akan Aku.
Dan siapa yang mencari selain Aku, nescaya ia tidak akan mendapati Aku.
Lemparkanlah hal penduduk bumi, akan apa yang berada kamu di atasnya, dan tipuannya! Marilah kepada kemuliaanKu, berteman denganKu dan duduk-duduk denganKu’ Berjinak-jinakkanlah dengan Aku, nescaya Aku berjinak-jinakkan dengan kamu. Dan aku bersegera kepada mengasihi kamu.
Sesungguhnya Aku menciptakan tanah-lumpur kekasih-kekasihKu dan tanah lumpur Ibrahim Khalil-Ku (TemanKU). Musa yang Ku-lepaskan dari bahaya dan Muhammad pilihanKu.
Aku ciptakan hati orang-orang yang rindu dari Nur-Ku.
Aku anugerahkan nikmat kepadanya dengan keagunganKu”.

Diriwayatkan dari sebahagian salaf bahawa ALLAH Ta’ala menurunkan wahyu kepada sehahagian orang-orang as-siddiqin:

إن لى عبادا من عبادى يحبونى وأحبهم ويشتاقون إلى وأشتاق إليهم ويذكرونى وأذكرهم وينظرون إلى وأنظر إليهم فأن حذوت طريقهم أحببتك وإن عدلت عنهم مقتك قال يارب وما علامتهم قال يراعون الظلال بالنهار كما يراعى الراعى الشفيق غنمه ويحنون إلى غروب الشمس كما يحن الطائر إلى وكره عند الغروب فإذا جنهم الليل واختلط الظلام وفرشت الفرش ونصبت الأسرة وخلا كل حبيب بحبيبه نصبوا إلى أقدامهم وافترشوا إلى وجوههم وناجونى بكلامى وتملقوا إلى بإنعامى فبين صارخ وباك وبين متأوه وشاك وبين قائم وقاعد وبين راكع وساجد بعينى ما يتحملون من أجلى وبسمعى ما يشتكون من حبى أول ما أعطيهم ثلاث أقذف من نورى في قلوبهم فيخبرون عنى كما أخبر عنهم والثانية لو كانت السموات والأرض وما فيها في موازينهم لاستقللنها لهم والثالثة أقبل بوجهى عليهم فترى من أقبلت عليه يعلم أحد ما أريد أن أعطيه

“Bahawa Aku mempunyai hamba-hamba dari hamba-hambaKu, yang mengasihi Aku dan Aku mengasihi mereka. Mereka rindu kepadaKu dan Aku rindu kepada mereka. Mereka mengingati (berzikir) akan Aku dan Aku ingat kepada mereka. Mereka memandang kepadaKu dan Aku memandang kepada mereka. Maka jikalau engkau ikuti jalan mereka, nescaya Aku kasih kepada engkau. Dan jikalau engkau berpaling dan mereka, nescaya Aku kutuk akan engkau”.
Orang as-siddiqin bertanya:
“Wahai Tuhanku’ Apakah tandanya mereka?”.
ALLAH Ta’ala berfirman:
“Mereka memelihara akan naungan di siang hari sebagaimana penggembala yang kasih-sayang memelihara kambingnya.
Mereka rindu kepada terbenamnya matahari, sebagaimana rindunya burung kepada sarangnya ketika matahari terbenam. Apabila mereka ditutupi oleh malam, bercampur-aduk kegelapan, dibentangkan tikar, ditegakkan tempat tidur dan setiap kekasih bersunyi-sepi dengan kekasihnya, nescaya mereka payah berdiri kepada tapak-kaki mereka. berbaring kepada muka mereka. Mereka bermunajah (berbicara) dengan Aku dengan firmanKu, bercumbu-cumbuan kepadaKu dengan kenikmatanKu. Maka di antara yang berteriak dan yang menangis, di antara yang mengadu dan yang mengadu, di antara yang berdiri dan yang duduk, di antara yang ruku’ dan yang sujud, dengan penglihatanKu. akan apa yang mereka tanggung dari keranaKu, dengan pendengaranKu akan apa yang mereka mengadu dari kasihKu.
Yang pertama dari apa yang Aku beri kepada mereka, ialah: tiga:
Aku lontarkan dan nurKu dalam hati mereka. Maka mereka menceritakan dan halKu, sehagaimana Aku menceritakan dari hal mereka.
Kedua, jikalau adalah langit dan bumi dan apa di dalamnya dalam timbangan mereka, nescaya Aku pandang sedikit demikian itu bagi mereka.
Dan ketiga, Aku menghadap dengan WajahKu kepada mereka. Maka engkau melihat akan siapa, yang Aku hadapkan dengan WajahKu kepadanya, yang diketahui oleh seseorang akan apa yang Aku kehendaki akan memberikannya”.

Monday, July 6, 2009

Hakikat Fikir dan Buahnya.

بيان حقيقة الفكر وثمرته
HAKIKAT FIKIR DAN BUAHNYA.

Ketahuilah bahawa makna itu fikir ialah: menghadirkan dua ma’rifah dalam hati, untuk membuahkan darinya ma’rifah yang ketiga.
Sebagai contohnya: orang yang telah cenederung kepada kehidupan yang segera (dunia) dan lebih mengutamakan kehidupan dunia ini, apabila dia hendak mengenal (atau untuk menetapkan dalam hatinya) bahwa akhirat itu adalah lebih utama dari kehidupan dunia, maka untuk maksud ini dia mempunyai dua jalan:

Pertama ialah:
ia mendengar dari orang lain bahawa akhirat itu lebih utama daripada dunia. Apabila mendengar kenyataan ini, lalu ia mengikuti dan membenarkannya, tanpa meneliti/merhatikan hakikat urusan ini, maka ia cenderung beramal untuk akhirat, hanya dengan berpegang kepada perkataan orang itu semata-mata.
lni dinamakan taqlid (yakni mengikut tanpa alasan) dan tidak dinamakan ma’rifah.

Kedua ialah:
Dengan jalan ia mengetahui bahawa yang lebih kekal itu (akhirat) adalah lebih baik diutamakan. Ia mengenali bahawa akhirat itu yang lebih kekal, maka terhasillah baginya dari dua ma’rifah ini, ma’rifah yang ketiga: iaitu bahawa akhirat itu lebih patut diutamakan. Dan tidak mungkin mentahqiqkan ma’rifah yang ketiga itu kecuali dengan dua ma’rifah sebelumnya.
Maka usaha untuk menanam atau menghadirkan dua ma’rifah yang sebelum itu dalam hati, supaya dapat sam¬pai kepada ma’rifah yang ketiga, dinamakan ia:
Tafakkur (تفكر ), i’tibar (اعتبار ), tazakkur (تذكر ), nazar (pemerhatian - نظر), penelitian (تأمل ) , dan tadabbur (تدبر ).

Tadabbur, penelitian dan tafakkur, adalah kata-kata yang mempunyai satu makna, tidak di bawahnya makna-makna yang berlainan.
Adapun nama tazakkur, i’tibar dan nazar itu, maka maknanya berbeza, walau pun asalnya yang dinamakan itu satu. Sebagaimana nama syarim, muhannad dan saif itu panggilan kepada satu benda, tetapi dari sudut yang berbeza. Syarim itu menunjukkan kepada pedang sebagai pemotong, Muhannad pula dari segi hubungan tempat asalnya ( lndia – hind/muhannad), dan saif menunjukkan maknanya yang mutlak, iaitu pedang.
Maka seperti itu jugalah i’tibar, iaitu usaha ke arah menghadirkan dua ma’rifah dari segi dua ma’rifah itu kan menghasilkan ma’ri¬fah yang ketiga. Walaubagaimana pun, hasil itu tidak terjadi dan tidak mungkin terjadi, kecuali dengan wuquf atas dua ma’rifah itu. Maka tetaplah padanya nama tazakkur, bukan nama i’tibar.
Adapun nazar dan tafakkur maka jatuh ke atasnya dari segi padanya menuntut kepada ma’rifah ketiga. Maka siapa yang tidak mencari ma’rifah yang ketiga, tidaklah dia dinamakan orang yang menggunakan nazar.
Setiap orang yang bertafakkur itu adalah orang bertazakkur. Sebaliknya tidaklah setiap orang bertazakkur itu bertafakkur. Faedah bertazakkur (mengingati semula) ialah: mengulang-ulangkan (takrir) ma’rifah ke dalam hati supaya menjadi kukuh dan tidak terhapus dari hati. Sementara faedah tafakkur pula ialah membanyakkan ilmu dan menarik ma’rifah yang belum terhasil.
Maka itulah perbezaan di antara tazakkur dan tafakkur.
Adapun ma’rifah-ma’rifah itu apabila terkumpul di dalam hati dan bercampur-campur di atas tertib yang khusus, sudah pasti membuahkan ma’rifah-ma’rifah yang lain. Maka ma’rifah itu adalah natijah dari ma’rifah. Apabila terhasilnya ma’rifah yang lain dan bercampur-aduk dengan ma’rifah yang lain itu, sudah pastilah terhasil dari keadaan itu natijah yang lain pula. Dan begitulah sentiasa bersambung-sambungannya natijahnya, bersambung-sambung ilmu-ilmunya, dan berpanjanganlah fikiran, sehingga tidak berkesudahan.
Sesungguhnya terhentinya jalan bertambahnya ma’rifah itu dengan mati atau dengan halangan-halangan yang lain. Dan ini adalah bagi orang yang mampu mencari buah ilmu-ilmu dan mendapat petunjuk kepada jalan tafakkur.
Adapun kebanyakan dari manusia terhalang daripada menambahkan ilmu kerana ketiadaan modal, yakni: ma’rifah-ma’rifah. Dengan ma’rifah-ma’rifah ini maka terhasil dan berbuahlah ilmu. Seperti orang yang tidak mempunyai barang jualan, maka ia tidaklah ia memperolehi keuntungan berniaga. Ada kalanya ia memiliki barang-barang jualan, tetapi ia tidak pandai berniaga -. ia tidak akan mendapat apa-apa keuntungan pun.
Seperti itu juga, kadang-kadang ada baginya ma’rifah, yang boleh menjadi modal ilmu-ilmu, tetapi disebabkan ia tidak pandai memakainya, menyusunnya, dan mencampurkannya untuk membawa kepada natijah (bertambahnya ma’rifah-ma’rifah ilmu ).
Mengetahui jalan pemakaian dan memperoleh buah hasil sekali adalah dengan Nur Ilahi dalam hati, yang diperoleh dengan fitrah, sebagaimana yang terjadi kepada para anbiya صلوات الله عليهم أجمعين - semuanya. Dan yang demikian itu sukar sekali.
(ومعرفة طريق الاستعمال والاستثمار تارة تكون بنور إلهى في القلب يحصل بالفطرة كما كان للأنبياء صلوات الله عليهم أجمعين وذلك عزيز جدا)
Dan jalan yang lebih banyak lagi (untuk memperolehi natijah ma’rifah dan ilmu) ialah dengan cara ta’lim dan kesungguhan usaha. Orang yang bertafakkur itu datang kepadanya natijah ma’rifah-ma’rifah dan terhasil baginya buah, sedangkan dia tidak mengetahui dengan kaifiyat keberhasilannya. Dan ia tidak mampu mengibaratkannya kerana sedikitnya kesungguhan usaha ta’bir bagi mendatangkan fikiran. Berapa banyak insan yang tahu dengan ilmu yang tahqiq bahawa akhirat itu lebih patut diutamakan, tetapi jika ditanyakan sebab-sebab ma’-rifahnya, sudah pasti ia tidak dapat mengemukakannya dan meng’ibarat-kannya, serta tidak berhasil ma’rifahnya, kecuali dari dua ma’rifah yang terdahulu: iaitu bahawa yang lebih kekal itu lebih patut diutamakan, dan akhirat itu lebih kekal dari dunia. Maka terhasillah baginya ma’rifah ketiga, iaitu: akhirat itu lebih patut diutamakan.
Ini merujuk kembali pada hasil hakikat tafakkur kepada menghadirkan dua ma’rifah, untuk sampai dengan dua ma’rifah itu kepada ma’rifah ketiga.
Adapun buah fikiran itu ialah: ilmu-ilmu, ahwal, dan amal-amal. Tetapi hasilnya yang khusus ialah ilmu, tidak yang lain.
Memang benar, apabila terhasilnya ilmu di dalam hati, nescaya berubahlah hal (keadaan - حال ) hati itu. Dan apabila berubahnya keadaan hati, sudah pasti berubahlah amal-amal perbuatan anggota-anggota badan. Sesunggunhnya amal perbuatan itu mengikuti keadaan (hal), hal itu pula mengikuti ilmu, dan ilmu itu pula mengikuti fikir.
Oleh sebab itulah fikir itu adalah pokok permulaan dan kunci bagi semua kebaikan.
Dan dengan ini maka terbukalah bagi anda, dari fadhilat tafakkur itu. Dan sesungguhnya ia lebih baik dari zikir dan tazakkur, kerana fikir itu adalah zikir dan lebih lagi. Dan zikir hati itu adalah lebih baik dari amalan perbuatan anggota-anggola badan. Bahkan amal itu menjadi mulia, kerana ada padanya zikir.
Jadi tafakkur itu lebih baik dari sejumlah amal-amal perbuatan. Dan sebab itulah dikatakan: “Fikir sesaat lebih baik dari ibadat setahun.”
Sebab itu dikatakan: bahawa dengan fikirlah yang dapat mengubah perkara yang dibenci kepada amal perbuatan yang dikasihi. Dengan fikirlah dapat merubah dari kegemaran (raghbah) dan ketamakan kepada zuhud dan qana’ah.
Dan dikatakan bahawa dengan fikirlah yang mendatangkan musyahadah (penyaksian) dan taqwa. Oleh sebab itu, Allah Taala berfirman:
لعلهم يتقون أو يحدث لهم ذكرا
“…Agar mereka bertakwa atau (agar) al-Qur’an itu menimbulkan pengajaran bagi mereka.” (Tha Ha:113).

Sunday, June 28, 2009

Celakalah Siapa yang Membaca Ayat Ini dan Tidak Berfikir!

عن عطاء قال انطلقت يوما أنا وعبيد بن عمير إلى عائشة رضى الله عنها فكلمتنا وبيننا وبينها حجاب فقالت يا عبيد ما يمنعك من زيارتنا قال قول رسول الله صلى الله عليه وسلم زر غبا تزدد حبا قال ابن عمير فأخبرينا بأعجب شئ رأيته من رسول الله صلى الله عليه وسلم قال فبكت وقالت كل أمره كان عجبا أتانى في ليلتى حتى مس جلده جلدى ثم قال ذرينى أتعبد لربى عز وجل فقام إلى القربة فتوضأ منها ثم قام يصلى فبكى حتى بل لحيته ثم سجد حتى بل الأرض ثم اضطجع على جنبه حتى أتى بلال يؤذنه بصلاة الصبح فقال يا رسول الله ما يبكيك وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر فقال ويحك يا بلال وما يمنعنى أن أبكى وقد أنزل الله تعالى على في هذه الليلة إن في خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار لآيات لأولى الألباب ثم قال ويل لمن قرأها ولم يتفكر فيها

Dari ‘Atha’ yang menerangkan: “Pada suatu hari, aku dan ‘Ubaid bin ‘Umair berjalan ke tempat ‘Aisyah رضى الله عنها , maka ‘Aisyah رضى الله عنها berkata-kata dengan kami dan di antara kami dan dia ada hijab.
‘Aisyah رضى الله عنها berkata:
“Hai ‘Ubaid, apakah yang menahan kamu dari menziarahi kami”
‘Ubaid menjawab:
telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“berziarahlah jarang-jarang, supaya bertambah kasih sayang.”
Kemudian berkata “Ubaid ibn Umair:
Khabarkanlah kepada kami sesuatu yang menakjubkan yang telah engkau lihat dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Maka menangislah Aisyah رضى الله عنها .
Seraya berkata:
Setiap urusannya adalah menakjubkan, baginda datang kepadaku pada malam giliranku, sehingga tersentuhlah kulitnya dengan kulitku. Kemudian baginda bersabda: “Biarkanlah aku beribadah kepada Tuhanku ‘Azza wa Jalla”.
Maka baginda lalu berdiri ke tempat air mengambil wudhu’ darinya. Kemudian baginda berdiri menunaikan shalat lalu baginda menangis, sehingga basahlah janggutnya. Kemudian baginda sujud sehingga basahlah tanah (akibat airmata baginda). Kemudian baginda berbaring di atas lambungnya sehingga datanglah Bilal melakukan azan shalat Shubuh.
Lalu Bilal bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang menyebabkan engkau menangis? sedangkan ALLAH telah mengampunkan bagi engkau, apa yang terdahulu dari dosa engkau dan yang terkemudian”.
Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم . menjawab:
“Kasihan hai Bilal! Apakah yang menahanku dari aku menangis? Allah Ta’ala telah menurunkan kepadaku pada malam ini (ayat):
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (١٩٠)
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukarann malam dan siang, ada ayat-ayat bagi ulul al-bab”.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Celakalah bagi sesiapa yang membaca ayat ini dan tidak bertafakkur padanya”

Friday, June 26, 2009

Kemenangan Umat Islam di 'Ain Jalut (Falastin)

Pada abad ke7 hijrah umat Islam telah di kalahkan, ditakluk dan disembelih oleh kaum musyrik Monggol. Umat Islam mengalami penindasan yang begitu dahsyat sehingga hampir 15 juta orang islam telah dibunuh.

Setelah sekian lama diinjak oleh kaum musyrik Monggol ini akhirnya ALLAH ta'ala telah memberi kemenangan pertama bagi pasukan Islam di dalam Perang 'Ain Jalut.

Berikut adalah detik-detik heroic menjelang kemenangan itu:

Sultan Qutuz meminta kepada pasukannya untuk menunggu hingga setelah selesai shalat Jumaat: "Janganlah kamu melancarkan serangan kepada mereka sehingga matahari tergelincir memberikan bayang-bayang, angin bertiup dan para khatib di Masjid-masjid (seluruh dunia Islam) serta manusia lainnya mendoakan kita dalam shalat-shalat".
Bila tentera Monggol telah sampai ke medan perang, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara pahlawan-pahlawan Islam dan kafir musyrik Monggol serta sekutu-sekutunya. Serbuan ganas dari Monggol disambut dengan hayunan pedang dan hujan panah dari tentera Islam. Satu asakan keras dari sepasukan tentera sayap kanan Monggol telah dapat menghancurkan barisan pertahanan sayap kiri tentera Islam.
Akibatnya barisan tentera Islam ini menjadi kucar-kacir dan bertaburan. Tentera Islam yang bertaburan tadi telah berasakkan menolak tentera Islam yang induk.
Suasana keliru telah terjadi di mana banyak ketua-ketua perang yang berundur lari, diikuti oleh tentera-tentera berjalan kaki.
Di tengah berlangsungnya pertempuran yang berkecamuk ini, isteri Sultan Qutuz bernama "Jullanar" telah cedera yang sangat parah kerana terkena senjata musuh.
Maka Sultan bergegas mendekatinya dengan berteriak "Oh wahai kekasihku!" pada detik-detik nafas terakhir kepergian isterinya.
Dalam kaeadaan hampir nazak itu, isterinya sempat membalas dengan berkata kepadanya : "Jangan engkau katakan itu tapi katakanlah Islamah! (Demi Islam - seruan seruan membangkit semangat juang)", kemudian terangkatlah rohnya kepangkuan Rabnya setelah menyampaikan pesan yang sangat-sangat penting:
bahawa urusan Islam dan jihad di jalan ALLAH adalah lebih penting dari cinta dan hubungan peribadi.

Melihatkan keadaan yang sangat genting ini, maka tanpa mengira keselamatan dirinya, Sultan al-Malik Muzaffar Saifuddin Qutuz, telah naik ke atas satu batu yang besar. Dia telah melemparkan topi besinya dan menjerit sekuat-kuat hati:
"Wa Islamah...! Wa Islamah...! Wa Islamah!.."
untuk mengingatkan tentera Islam yang berundur supaya kembali berjuang mempertahankan kedaulatan Islam.
Ketua-ketua perang dan tentera Islam terkejut besar menyaksikan keberanian luar biasa Sultan mereka. Mereka merasa malu kerana berundur dari medan perang, dan memarahi diri masing-masing kerana telah kalah kepada suasana.
Jeritan Sultan mereka seolah-olah memberi satu semangat dan tenaga baru. Maka mereka pun menyahut kembali laungan Sultan itu, dengan laungan "Wa Islamah...! Wa Islamah...! Wa Islamah!.." yang waktu ini menjadi jeritan perkasa setiap pahlawan Islam. Mereka berpatah kembali dan menyerbu ke arah barisan tentera Monggol.
Ramailah singa-singa Islam melompat masuk untuk mengamuk di dalam kumpulan tentera Monggol. Akibatnya ramai tentera Monggol yang terbunuh dan barisan mereka pecah.
Ini diikuti pula oleh serbuan demi serbuan oleh tentera Islam yang tadinya sudah mula berundur. Maka pukulan maut ini telah menyebabkan ramai ketua-ketua perang Monggol telah terbunuh, dapat di tawan. Saki-baki tentera Monggol telah lari meninggalkan medan peperangan.
Untuk memastikan gerombolan ini tidak mengganas lagi masa akan datang, tentera Islam telah mengejar dan membunuh mereka ke semuanya. Yang masih dapat lari dari tentera Islam, akan dibunuh pula oleh penduduk al-Shams.
Di waktu pertempuran sedang berkecamuk, kuda Sultan Qutuz terbunuh lalu ia turun dan terus bertempur walau tanpa kuda sehingga pasukannya memberikannya kuda lain. Namun ia menolak untuk mengambil kuda ketua perangnya yang secara sukarela memberikan itu kepadanya dengan mengatakan bahawa ia tidak mahu untuk menghalangi mereka dalam menunaikan tugas suci ini. Sebaliknya ia harus berusaha sendiri untuk dapat menyelamatkan diri. Sultan ditanya mengapa tidak mahu menunggang kuda dan kalau para musuh melihat sudah tentu mereka akan membunuhnya dan Islam akan dikalahkan. la menjawab :"Kalau saya terbunuh, maka saya telah pergi ke syurga. Dan untuk Islam, maka ia mempunyai Tuhan yang tidak akan melenyapkannya! ".
Setelah selesai peperangan dan kemenangan ada di pihak Islam, Sultan Qutuz turun dari kudanya berjalan dan mengusap mukanya dengan debu medan tempur serta sujud di hadapan ALLAH bersyukur kepada-Nya yang telah mengurniakan kemenangan.
Apabila berita kemenangan tentera Islam sampai ke kota Damsyik dan sekitarnya, Maka umat Islam berasa sangat gembira dan bersyukur. Mereka merasa dapat menebus kembali maruah dan kehormatan mereka. Semangat baru telah timbul, tiada lagi ketakutan dan kelemahan. Mereka telah menyerang Monggol dan Tartar di kawasan mereka dan membunuhnya.
Mereka juga menyerang kuncu-kuncu Monggol, seperti puak Batiniah, Shi'ah Ghulat, dan ahli-ahli Sufi yang sesat. Apabila kaum Monggol di al-Shams dan tanah Arab menyedari bahawa kuasa mereka sedang jatuh, mereka melarikan diri balik ke tanah Monggol.
Ini menyebabkan usaha Sultan al-Malik Muzaffar Saifuddin Qutuz (rahmatullah alaih) untuk membebaskan cengkaman Monggol ke atas al-Shams menjadi mudah. Bumi Al-Shams dimerdekakan dari penjajahan kaum musyrik Monggol hanya dalam masa beberapa minggu sahaja!.

AI-Suyuti menulis dalam Tarikh al-Khulafa':

"....Dengan kurnia ALLAH, tentera Islam memperolehi kemenangan dan mereka menewaskan Monggol dengan teruknya. Sejumlah besar tentera Monggol dibunuh. Tentera yang berundur itu begitu berputus asa sehingga orang ramai mudah menangkap dan merampas harta milik mereka."

Begitulah jika telah sampai masanya ALLAH memberi pertolongan/nusrah, dalam masa yang sangat singkat kebatilan dan kezaliman akan runtuh - walau sudah berpuluh-puluh tahun menderita.